ENTRY Me FACEBOOK TWITTER +FOLLOW

Time Controller
Assalamualaikum

KahKahKah ! belum apa apa lagi dah berdekak. haihh...gelakkan diri sendiri sebenarnya. dari semalam dan beberapa hari sebelumnya aku bertapa depan template blog ni , pikir apa pasal blog aku tak boleh main kan lagu . blog orang lain boleh je. rupenye, kalau preview lagu tak boleh main. dia kene save dulu baru keluar lagu. macam *&^%$#@! je. hahaha

actually aku sekarang ni tengah proses mengemaskinikan blog. dan sekarang ni pon tak habis lagi. biasalah aku ni cerewet sikit. ade je yg aku tak puas hati. hahaha! dan ermm...tak de kene mengena pon kan dengan tajuk.

sejak kebelakangan ni , aku selalu terpikir kalaulah aku dipilih untuk dibalikkan masa, aku nak pergi balik zaman persekolahan aku! sebab aku nak sekolah. aku nak pegang jawatan sebagai seorang pelajar sekolah. kehidupan aku sekarang ni sebagai penggangur terhormat sememangnya teramatlah bosan, dan aku sangat cemburu gila tengok adik aku pergi sekolah pepagi lepastu tengahari balik sekejap, petangnya ada aktiviti koko/latihan kawad. oh, indahnya zaman persekolahan ~
tapi, semua ni angan-angan semata-mata sahaja. masa yg lepas tidak akan kembali. <poyo gila ayat>

budak-budak penunggu keputusan spm macam aku ni da mula menghitung hari. dan aku tak peduli kan tarikh tu sebab aku bukannya balik johor pon time result keluar nanti --! Ayah aku baru cakap kat aku time result keluar nanti tak balik johor. amik result lewat sikit. amik kat pejabat sekolah dan aku macam erm...yela ~ tapi still boleh tahu kan resultnya. dunia sekarang dah maju. segalanya dihujung jari. boleh check sendiri kat phone ke, online ke etc.

selamat malam +.+





0 comment[s]